Ujian Kehamilan Saya Positif ?!
Apakah Pilihan Yang Ada Untuk Kehamilan Tidak Terancang?
Jika anda mengesyaki kehamilan yang tidak diingini, semak dengan ujian kehamilan air kencing.
Test ini boleh dibeli dari kedai farmasi dan anda tidak perlu menyatakan sama ada anda sudah kahwin atau tidak.
Jika positif, dan anda tidak bersedia untuk menjadi seorang ibu, berikut adalah pilihan anda.
Pengguguran Vakum Aspiration
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan prosedur vakum aspiration sebagai kaedah pengguguran selamat.
​
Rawatan cara ini juga dilabel pengguguran pembedahan atau surgical abortion. Seharian disebut prosedur cuci.
​
Prosedur ini adalah 99% effektif dan adalah prosedur paling kerap yang dilakukan dalam 12 minggu pertama kehamilan.
​
Pengguguran Melalui Ubat
Pengguguran melalui ubat sahaja dipanggil medical abortion. Seharian kadang-kadang disebut ubat datang bulan/period.
​
Pilihan ini ada untuk kehamilan yang kurang daripada 9 minggu.
Adalah penting supaya mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan ubat gugur.
​
Ubat gugur yang disarankan oleh WHO tidak dibenarkan dijual di Malaysia.
Ada banyak ubat tiruan dan dosage berbahaya yang dijual di pasaran gelap di Malaysia.
​
Meneruskan Kehamilan
Pilihan meneruskan kehamilan dan memberikan bayi yang dilahirkan sebagai anak angkat ada pada setiap individu.
Adalah penting supaya anda mendapatkan rawatan antenatal (sebelum bersalin), dan menguruskan prosedur yang ada supaya kedua-dua ibu & bayi selamat.
Klinik-klinik swasta dan kerajaan boleh membantu anda.
Hubungi kami jika anda memerlukan apa-apa nasihat atau kaunselling.
Pengguguran Selamat
Melawan Mitos Pengguguran
Kedua-dua kaedah pengguguran (perubatan dan pembedahan) adalah selamat dan tidak memberi kesan sampingan negatif jangka panjang. Malah ia jauh lebih selamat dari melahirkan anak. Saksikan video pendek ini
Klinik Mesra Wanita
Perkhidmatan Pengguguran Selamat & Harga Berpatutan
Walaupun pengguguran selamat dibenarkan di Malaysia jika dilakukan oleh pegawai perubatan, stigma & kerahsiaan menjadikan maklumat klinik susah dicari.
​
Kami berusaha menangani stigma ini dan percaya bahawa proses mencapai hak kesihatan wanita yang tulus akan menyokong ke arah mengurangkan pengguguran tidak selamat di Malaysia.
​
​
​
​
Ruang
Satu Kisah Kehamilan Tidak Terancang
Beribu persoalan terlintas di pemikirannya. Anda tidak keseorangan. Ikuti kisah...
Episod 1
Pendedahan
Episod 2
Pengakuan
Episod 3
Pengetahuan
Episod 4
Penjelasan
FAQ - Ada Kekeliruan?
Adakah Pengguguran Dibenarkan di Malaysia?
Ia TIDAK akan menjadi suatu kesalahan untuk menjalankan keguguran jika:
a) pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 menjalankan prosedur;
b) pengamal itu berpendapat, yang terbentuk di dalam niat yang baik, bahawa penerusan kehamilan itu akan melibatkan risiko kepada kehidupan dari wanita yang hamil, atau kecederaan kepada kesihatan mental atau fizikal dari wanita yang hamil, lebih besar daripada jika kehamilan ditamatkan.
Akta Kanun Keseksaan 312 (Pindaan) 1989 membenarkan perubahan dalam undang-undang yang berhubungan dengan pengguguran.
Apakah Hak Saya Sebagai Seorang Wanita?
Anda mempunyai hak untuk menentukan sama ada mahu mengandung atau tidak.
​
Malaysia, melalui persidangan antarabangsa ICPD mengiktiraf hak asas semua individu untuk:
​
membuat keputusan secara bebas dan bertanggungjawab untuk bilangan, jarak dan masa untuk mempunyai anak;
​
hak untuk medapatkan maklumat dan cara mencegah kehamilan;
​
hak untuk mencapai taraf kesihatan seksual & reproduktif yang tinggi;
hak utuk membuat keputusan mengenai reproduksi bebas daripada diskriminasi, keganasan dan paksaan.
​
Bagaima Saya Boleh Mengelakkan Kehamilan Tidak Terancang?
Kedua-dua lelaki dan wanita mempunyai tanggungjawab mencegah kehamilan. Ada pelbagai cara untuk mengelakkan kehamilan jika anda melakukan hubungan seks.
Anda boleh mendapatkan maklumat kontrasepsi/pencegah kehamilan di www.mychoice.my
Saya Masih Belajar. Adakah saya akan dipenjarakan jika melakukan hubungan seks?
Di Malaysia, umur keizinan (age of consent) untuk hubungan seks adalah 16.
​
Seks di bawah umur 16 tahun boleh dikategorikan sebagai rogol (statutory rape).
​
Tetapi, jangan teragak untuk berjumpa doktor atau menghubungi kami jika anda berumur kurang daripada 16.
​
Doktor akan berbincang dengan anda dahulu dan memberitahu apa pilihan yang anda ada. Adalah lebih penting supaya anda selamat dan sihat.