top of page

Klinik Mesra-Wanita & Harga Berpatutan

Affordable, Women-Friendly Clinics

Kajian menujukkan bahawa ramai wanita di Malaysia mencari perkhidmatan gugur kandungan/ pengguguran selamat, tetapi tidak tahu cara mendapatkan counselling dan rawatan.

​

Klinik Rakyat PJ bekerjasama dengan doktor-doktor dan persatuan yang menyokong hak mendapatkan akses yang selamat, berkualiti dan memberi harga berpatutan.

​

Dianggarkan bahawa 90,000 pengguguran dilakukan di Malaysia dalam setahun. Kebanyakkannya dilakukan di klinik-klinik dan hospital swasta. Kos perubatan amat berbeza dari RM700 di klinik GP ke RM 5000 di hospital pakar swasta.

Nurse Talking to Patient

STIGMA & KERAHSIAAN

Walaupun wujud banyak penawar khidmat pengguguran secara selamat di Malaysia yang bersimpati dan menawarkan harga berpatutan, mereka keberatan memberikan nama pada kami secara langsung kerana khuatir akan stigma yang melekat pada pemberi khidmat pengguguran.

 

Kalau anda menghadapi sebarang kesulitan sila hantarkan Whatsapp Message ke +6011-11404083 untuk membuat appointment.

​

Kami juga sangat mengalu-alukan anda supaya memaklumkan kami tentang kualiti perkhidmatan oleh klinik yang kami sarankan.

​

Perasaan malu & takut menyebabkan ramai wanita takut mendapatkan rawatan yang selamat. 

​

Kami berpendapat ia adalah tanggungjawab semua menyokong hak wanita mendapatkan kualiti kesihatan yang tinggi tanpa mengira agama dan tanggapan negatif komuniti.

Clothes Donation
Stigma & Kerahsiaan

RRAAM Partner Clinic

Persatuan Hak Kesihatan Wanita

RRRAM ditubuhkan 2 Februari 2007 oleh dua belas organisasi dan individu yang komited kepada misi berikut:

​

"Wanita mempunyai hak untuk mengakses perkhidmatan kontraseptif dan pengguguran yang sah, selamat dan berpatutan, sama ada sebagai hak reproduktif wanita untuk memutuskan perkara-perkara reproduksi dan sebagai hak untuk kesihatan."

​

"Kesejahteraan wanita, kesihatan dan pemberdayaan ditingkatkan apabila hak-hak ini diakses."

​

Komitmen RRAAM adalah untuk meningkatkan kesedaran dan akses kepada hak-hak ini di kalangan wanita, penyedia kesihatan, NGO, pembuat dasar, media dan orang awam melalui strategi maklumat, pendidikan dan sokongan berasaskan bukti.

RRAAM hotline number +60183687950
RRAAM hotline number +60183687950

Perkhidmatan Mesra Wanita

Perkhidmatan Berkualiti & Memahami untuk Kehamilan Tidak Terancang

Klinik Rakyat di Penang adalah sebuah RRAAM Model Clinic. Ramai wanita di Malaysia cuba mendapatkan perkhidmatan pengguguran, tidak kira sudah berkahwin atau tidak. Oleh kerana stigma dan ketakutan, ramai wanita mendapatkan rawatan tidak selamat dan berisiko tinggi. Tahukah anda bahawa Pengguguran Selamat oleh doktor yang berdaftar adalah dibolehkan di Malaysia? 

​

Ikutilah video di bawah mengenai sebuah Klink Mesra Wanita di Pulau Pinang.

bottom of page