Pengguguran Vakum
Manual/Electric Vacuum Aspiration
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan prosedur vakum aspiration sebagai kaedah pengguguran selamat.
​
Vacuum Aspiration juga dikenali sebagai Suction & Curettage. Prosedur D&C adalah prosedur lama yang tidak digalakkan lagi, tetapi masih dipraktikkan di sesetengah klinik.
Prosedur Vakum Aspiration
Prosedur Rawatan
Pengguguran kandungan melalui vakum aspiration adalah satu prosedur rawatan pembedahan yang kecil. (Ia juga dikenali sebagai suction curettage, S&C dan bukan D&C).
Prosedur ini adalah lebih mahal sedikit dari ubat gugur sahaja tapi kadar keberkesanannya melebihi 99%.
Bila kandungan berusia 12 minggu atau kurang dari segi saiz, pembedahan boleh dilakukan dengan penggunaan ubat pelali ringan dan anestetik tempatan sebagai prosedur pesakit luar.
Ini melibatkan proses menyedut tisu kehamilan menggunakan tiub kateter plastic dengan pam vakum manual atau elektrik (dinamakan 'suction curettage’, D&C tidak digunakan lagi). Ini mengambil masa cuma 10-20 minit dalam bilik bedah, bergantung pada saiz kehamilan.
Kos Rawatan
Klinik harga berpatutan biasanya mengenakan harga antara RM800/- ke RM1,000/- untuk kehamilan 10 minggu ke bawah, bergantung pada saiz.
​
Hospital swasta boleh mengenakan harga setinggi RM 3,000 to 5,000/- untuk sebuah pengguguran cara pembedahan awal bagi kandungan bawah 12 minggu.
​
Keberkesanan & Risiko
Pembedahan suction curettage dilakukan dengan cepat dan mudah serta 99% berjaya. Prosedur sebenarnya cuma berlangsung selama 10 ke 15 minit dalam bilik rawatan dan hampir tidak menyakitkan bila dilakukan dengan pelalian oral atau intravena dan anestesia lokal. Anda mungkin merasa senggugut seperti semasa haid.
​
Pil-pil gugur memulakan proses yang mirip keguguran semulajadi. Malah, kalau proses belum berakhir, doktor tidak dapat kesan pun akan penggunaan pil-pil gugur. Kadar keberkesanannya sedikit lebih 95% dan ia mengambil masa 2 hingga 3 minggu untuk memastikan berakhirnya proses itu di waktu lawatan susulan.
Pendarahan berlebihan mungkin berlaku sewaktu rawatan tapi cuma berlangsung selama sehari dua.
Anda mungkin akan alami kekejangan dan kesan sampingan seperti cirit-birit. Pendarahan ringan mungkin akan berterusan selama 1-2 minggu.
Individu berlainan akan bertindak balas pada proses dengan cara masing-masing; kebanyakannya menyatakan ia tidaklah lebih teruk daripada haid normal sementara sebahagian kecil menyatakan kesan sampingannya agak menyakitkan.
​
Bincanglah dengan doktor anda mengenai risiko prosedur dan cara mencegah kehamilan seterusnya.