Medical Abortion
Pengguguran Melalui Ubat Pill Gugur Sahaja
Pengguguran Cara Perubatan
Kombinasi mifepristone (RU486) dan misoprostol (Cytotec) memberikan hasil terbaik untuk pengguguran janin di mana tempoh kandungan adalah 9 minggu atau kurang.
NAMUN, MIFEPRISTONE DAN MISOPROSTOL KEDUA-DUANYA DIHADKAN PEMBEKALANNYA DI MALAYSIA OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (walaupun disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia).
Disebabkan itu, ia sukar diperolehi dari doktor atau farmasi tempatan.
Kami menyarankan agar anda mendapatkan pil dari persatuan wanita antarabangsa KERANA BEKALAN DARI PASARAN GELAP DI MALAYSIA MUNGKIN PALSU ATAU LEBIH MAHAL dan ramai orang di Malaysia telah ditipu atau dijual pil dengan dosage yang tidak selamat untuk kandungan lebih 9 minggu.
Regimen Rawatan Pill Gugur
Kombinasi yang disyorkan adalah dengan mengambil Mifepristone 1-2 hari sebelum Misoprostol yang akan mencetuskan pendarahan.
Pengambilan ini boleh diulang mengikut keperluan seperti disyorkan oleh doktor.
Kadar keberhasilannya antara 90-95%. Ianya menyebabkan proses yang mirip keguguran dan rawatan pembedahan lanjut diperlukan jika ia gagal.
Bilakah Selamat Menggunakan Pill Gugur?
Pill gugur hanya sesuai untuk kandungan berusia 9 minggu atau kurang (yang telah dipastikan dengan imbasan ultrasound scan).
​
Sebolehnya, anda harus membincangkan apa-apa kontraindikasi masalah perubatan dengan doktor anda.
​
SESIAPA YANG MENGAMBIL RISIKO UBAT GUGUR DINASIHATKAN SUPAYA MEDAPATKAN ULTRASOUND SCAN DAN NASIHAT DOKTOR TERLEBIH DAHULU.
​
ADALAH AMAT PENTING JUGA SUPAYA MENDAPATKAN SCAN 2 MINGGU SELEPAS MAKAN UBAT UNTUK MEMASTIKAN JIKA KEHAMILAN BERTERUSAN ATAU TIDAK GUGUR SEPENUHNYA.